Sunday, July 20, 2014

Kek gula hangus selamat sampai

Syukur Ya Allah. Ummu Gula Hangus kini berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan, dengan kejayaan DELIVERY VIA POSLAJU kek kami.

Kek bukan sahaja telah selamat diterima malah dah selamat juga separuh selesai dingapp customer saya a.k.a member sekolah lama saya, Khelly. Ini gambar yang beliau hantar kepada saya.

Sharing gambar dari customer

Alhamdulillah, kek yang diterima dalam keadaan yang begitu baik sekali. Rupa-rupanya kek gula hangus ni feveret kawan saya. Sebab tu dia teruja sangat nak order bila tahu saya jual kek ni. Siap order untuk ibunya sekali di kampung.

Berikut saya kongsikan gambar kek yang telah siap dibungkus di dalam kotak untuk penghantaran.

Pembungkusan kek yang kemas

Khelly order 2 biji, 1 untuk dipos ke Seremban dan 1 lagi ke Kelantan, untuk ibunya. Bagi sebiji kek, caj untuk pos adalah RM10, iaitu anggaran harga yg saya ambil mengikut berat kek. Sebiji kek adalah seberat 900g.

Ramai juga sahabat handai yang telah order kek saya. Rasa sangat2 terharu dengan sokongan mereka.

Tqvm u olls! Love u lah!

Asbab menjual kek, kami bertemu kembali setelah 14 tahun berpisah..

Tgk gambar ni, rindu zaman sekolah. sob..sob..

Untuk tempahan, sila hubungi:
Ummu Hasni
0162001443 (sms/whatsapp/wechat)
FB Page: Ummu Gula Hangus

No comments:

Post a Comment